Sunday, December 6, 2009

Kadang-kadang pengalaman menjadikan kita lebih matang..
Walapupun dari luaran kelihatan seperti keanak-anakkan,
namun dalam diri sendiri kita telah matang..
Memang tak dapat hendak menonjolkan sifat matang itu,
Tapi pabila sekali berkata-kata,
dapat mengeluarkan kata-kata yang amat berguna kepada mereka yang memerlukan..
Dengan melihat kerenah kawan-kawan serta orang disekeliling,
Kita sedar yang tiada manusia sama dan semuanya berbeza-beza.
Ungkapan 'rambut sama hitam' tidak boleh dipakai,
Ungkapan yang sebenar ialah 'Darah sama merah, hati lain-lain' .
Itu baru dapat melambangkan perbezaan antara semua..
Jadi kita tidak boleh menyalahkan individu lain,
Apa yang penting kita haruslah memotivasikan diri dan fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri..
Tetapi jangan terlalu pentingkan diri kerana kita juga haruslah memikirkan orang lain..
Ada sesetengah situasi yan membolehkan kita pentingkan diri dan tengoklah dari segi apa..
Oleh itu,kita haruslah berfikir sebelum bertindak dan buat yang terbaik..
Supaya pada masa akan datang kita tidaklah membuat sesuatu keputusan dengan terburu-buru..

nurkilan ; Shera Moon

No comments:

Post a Comment